Saturday 25th of May 2013
Who's Online
We have 1 guest online
Home
Welcome to the Frontpage
|
MFPA (Fire Extinguisher Competent Person Course) 2013 |
|
|
|
|
Written by shukri
|
|
Wednesday, 07 March 2012 02:36 |
Fire Extinguisher Competent Person Course 2013
i) Ulasan
UPMHoldings telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Malaysian Fire Protection Association (MFPA) bagi melaksanakan program kesedaran dan latihan yang melibatkan ‘fire safety’. Program pertama yang telah dijalankan melibatkan penyelenggaraan alat pemadam api. Program ini telah melibatkan pengguna akhir dan juga kontraktor-kontraktor di seluruh Malaysia.
ii) Strategi
Kursus ini telah dibahagi kepada dua kaedah penyampaian iaitu teori dan praktikal. Selain daripada itu, para peserta juga diuji secara bertulis dan melaksanakan praktikal dari segi penyelenggaraan alat pemadam api. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan juga SIRIM turut terlibat dalam menyampaikan maklumat-maklumat penting yang perlu diketahui oleh para peserta berdasarkan Malaysian Standard MS1539.
Nama Program
Fire Extinguisher Competent Person Course
Penyelaras Program
Prof. Madya Ir. Dr. Nor Mariah Adam
Jika anda berminat untuk mendaftar, Sila Klik DISINI untuk download borang
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 03-8946 8816/8812/8948 (En. Azizi Ab Aziz / En. Shukri Abu Hanipah / Pn. Nor Aida Ruzlin)
* NOTIS PENTING *
- Untuk makluman, setiap peserta yang ingin mendaftar kursus diwajibkan sekurang-kurangnya mempunyai sijil SPM dan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun serta boleh membaca dan menulis.
- Tarikh kursus yang terkini adalah seperti berikut:-
- 15 - 16 Jun 2013 (Sabtu & Ahad)
- 6 - 7 Julai 2013 (Sabtu & Ahad)
Kursus yang akan diadakan pada tarikh di atas bertempat di UPM Education & Training Sdn. Bhd. , UPM Serdang, selangor |
|
Last Updated on Monday, 13 May 2013 08:47 |
|
Powered by Joomla!.
Designed by: dating answers celebrity search Valid XHTML and CSS.